Selasa, 25 Disember 2012

SAGA FLX 1.3 CVT


Proton Saga FLX 1.3
Proton Saga FLX yang dilancarkan baru-baru ini mempunyai beberapa upgrade dari segi keselamatan dan technical specs berbanding Saga FLyang terdahulu. Dari segi luaran yang ketara adalah warna baru yang diperkenalkan iaitu Elegant Brown. Warna ini menggantikan warna CafĂ© Latte yang terdapat dalam pilihan warna Saga FL. Warna lain Saga FLmasih kekal ditawarkan untuk semua variants Saga FLX. Styling, trim dan accessories tidak banyak perubahan berbanding Saga FL. Tema kemasan dalaman datang dalam mood Tempest Grey.

Highlight sebenar untuk pelancaran model FLX ini ada terletak pada gearbox. Proton tidak lagi menggunakan gearbox automatik 4-speed biasa, tetapi mengguna gearbox CVT untuk variant Standard dan Executive. Penggunaan CVT dapat menjimatkan penggunaan petrol dan mengurangkan shift-shock dalam pertukaran gear automatic

CVT pada Saga FLX ini datang dengan SAT (Stepped Automatic Transmission) mode. Apabila SAT mode ON, gearbox ini akan simulate pertukaran gear 6-speed automatik. Kemudian apabila SAT OFF, pemandu takkan terasa apa-apa pertukaran gear. 

Kali ini Proton Saga FLX dilengkapi sistem brek ABS dengan EBD yang sebelum ini belum terdapat pada Model Saga untuk pasaran tempatan. Tapi system ini ditawarkan untuk spec Executive sahaja buat masa ini. Dual SRS Airbag juga masih kekal untuk pemandu dan penumpang hadapan.


Terdapat juga beberapa upgrade yang dikatakan telah dibuat pada model FLX ini. Antaranya, enjin Campro IAFM yang improved, suspension dan spring belakang yang lebih baik. Untuk versi manual pula gearbox yang digunakan adalah berbeza berbanding Saga FL

sebelum ini. Jadi untuk sebarang pandu uji boleh hubungi kami untuk rasakan semua perbezaan yang lebih baik ini. Lebih Best?


by @Zzuandrd.

Selasa, 26 Jun 2012

SELAMAT DATANG


Selamat Datang ke Blog PROTON STEEL CLUB khas untuk pemilik-pemilik kereta berjenama PROTON.